Imam Besar Al-Azhar lantik Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri jadi anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin
Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib, melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib, melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.
Makluman itu adalah berdasarkan perkongsian surat rasmi oleh Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Al-Muslimin, Dr Sultan Faisal Al Remeithi, seperti yang dimuat naik ke laman Facebook Dr Zulkifli pada Selasa (18 Ogos).
Surat berkenaan menyebut pelantikan Dr Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama’ Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
Majlis Hukama’ Al-Muslimin adalah sebuah institusi antarabangsa yang menghimpunkan para ulama, sarjana dan cendekiawan dikenali dengan pendekatan berhikmah, cakna keadilan, kebebasan serta kesederhanaan (wasatiyyah).
Dalam pada itu, Dr Zulkifli yang menerima pelantikan itu berharap pelantikan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya.
"Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib, Syaikhul Azhar Al-Syarif merangkap Pengerusi Majlis Hukama’ Al-Muslimin yang telah menyampaikan hasrat beliau untuk melantik saya sebagai salah seorang anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.