Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ilhan Omar, Rashida Tlaib wanita Muslim pertama menang kerusi Kongres AS

Seorang bekas pelarian Somalia dan seorang wanita berasal dari keluarga pendatang Palestin mencatat sejarah pada Selasa (7 Nov) sebagai dua wanita pertama dilantik ke dalam Kongres Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ilhan Omar, Rashida Tlaib wanita Muslim pertama menang kerusi Kongres AS

Rashida Tlaib (kiri) dan Ilhan Omar. (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 05:19PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 07:07PM

CHICAGO: Seorang bekas pelarian Somalia dan seorang berasal dari keluarga pendatang Palestin mencatat sejarah pada Selasa (7 Nov) sebagai dua wanita Muslim pertama dilantik ke dalam Kongres Amerika Syarikat.

Kedua-dua wanita itu - Ilhan Omar, 37, dan Rashida Tlaib, 42, merupakan ahli Demokrat dari daerah barat tengah Amerika Syarikat yang lantang bersuara tentang isu-isu masyarakat minoriti yang mereka anggap disasarkan melalui dasar-dasar anti-imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Cik Ilhan Omar memenangi kerusi Dewan Perwakilan di Minneapolis, Minnesota, menggantikan Cik Keith Ellison, yang juga wakil Muslim pertama pernah dilantik ke Kongres.

Kemenangan Cik Rashida Tlaib tidak mengejutkan. Beliau menang tanpa bertanding di Michigan, menjangkau daerah Detroit hingga ke Dearborn.

Kisah kedua-dua wanita itu menggambarkan kehebatan masing-masing dalam penceburan arena politik tempatan.

- Ilhan Omar -

"Saya Muslim dan saya berkulit hitam," kata Cik Omar dalam wawancara dengan sebuah majalah baru-baru ini.

Cik Omar melarikan diri dari perang saudara di Somalia bersama kedua-dua ibu bapanya pada usia lapan tahun dan tinggal di sebuah kem pelarian selama empat tahun di Kenya.
Keluarganya berhijrah ke Minnesota pada 1997.

Cik Omar menyokong pendidikan kolej percuma, perumahan untuk semua dan perubahan sistem keadilan jenayah.

Beliau menolak dasar-dasar imigresen terbatas yang dilaksanakan Presiden Trump dan ingin memansuhkan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat yang pernah menjalankan serbuan untuk mengusir para pendatang.

- Rashida Tlaib -

Cik Rashida Tlaib kelahiran Detroit yang berasal dari keluarga pendatang Palestin pula berkata beliau tidak bertanding untuk mencatat sejarah sebagai seorang Muslim.

"Saya bertanding kerana ketidakadilan yang berlaku dan kerana anak-anak lelaki saya mempersoalkan jati diri (Muslim) mereka dan sama ada mereka ada tempat di negara ini," kata Cik Tlaib dalam satu wawancara televisyen di Amerika Syarikat pada Ogos.

Kerusi yang beliau menang tanpa bertanding itu merupakan daerah yang majoriti penduduknya berketurunan Afrika Amerika dan tidak mempunyai ramai pengundi Muslim.

Cik Tlaib memperjuangkan penjagaan kesihatan menyeluruh, gaji minimum kebangsaan sebanyak AS$15 (S$21), perlindungan kesatuan sekerja dan yuran kolej percuma. 

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan