Skip to main content

Dunia

Iktiraf Sabah, Sarawak sebagai wilayah lancarkan pelaksanaan autonomi negeri

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Status pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah bakal memberi kelebihan sekali gus mengukuhkan kedudukan kedua-dua negeri itu khususnya dari segi pelaksanaan autonomi negeri masing-masing.

Jelas Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal, ia juga merupakan laluan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, hak autonomi Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam MA63 adalah keistimewaan sedia ada untuk kedua-dua negeri tersebut.

"Kita dah luluskan di Parlimen. Sebenarnya Rang Undang-Undang 112D itu telah pun diluluskan dan bukan tiada keperluannya. Ia memang itu salah satu kelainannya daripada entiti yang sedia ada untuk membolehkan supaya Sabah dan Sarawak (dijadikan) wilayah, ia bukan sebuah negeri," katanya, lapor Astro Awani.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Jaafar bahawa status Sabah dan Sarawak perlu kekal sebagai negeri.

Sambil memberi contoh Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang imigresen serta bidang kuasa hak tertentu yang berbeza dari Semenanjung berdasarkan MA63.

"Pasal apa kita nakkan supaya ianya diiktiraf sebagai wilayah kerana ada beberapa peruntukan di antara beberapa negeri yang ada."

"Di antara Sabah dan Sarawak, Sarawak mempunyai bidang kuasa negeri imigresen, Sarawak mempunyai bidang kuasa tertentu dalam Perjanjian MA63. Yang itu tidak termaktub kepada negeri-negeri lain sama ada dari negeri Perlis sampai ke Johor," ujar Encik Shafie, dipetik daripada Astro Awani.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita