Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS ikrar terus kerah aset strategik susuli undang-undang nuklear Korea Utara

Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan pada Jumaat (16 Sep) mengutuk doktrin nuklear penggunaan pertama Korea Utara yang didedahkan bulan ini sebagai "meningkatkan ketegangan dan tidak menstabilkan".

Anggaran Waktu Membaca:
AS ikrar terus kerah aset strategik susuli undang-undang nuklear Korea Utara

Gambar fail pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: KCNA menerusi KNS/AFP/STR)

Diterbitkan : 17 Sep 2022 08:55AM Dikemas Kini : 17 Sep 2022 08:55AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan pada Jumaat (16 Sep) mengutuk doktrin nuklear penggunaan pertama Korea Utara yang didedahkan bulan ini sebagai "meningkatkan ketegangan dan tidak menstabilkan".

Washington berikrar untuk terus mengerahkan dan menggunakan aset strategik bagi mencegah serta bertindak balas terhadap Pyongyang.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menyusuli mesyuarat peringkat naib menteri Kumpulan Strategi dan Rundingan Pencegahan Lanjutan (EDSCG), ditubuhkan sejak 2018, mengulangi tekad AS untuk mempertahankan Korea Selatan. Ia menyatakan mana-mana serangan nuklear yang dilancarkan oleh Korea Utara akan menghadapi "tindak balas luar biasa dan tegas".

Kenyataan itu menyatakan AS dan Korea Selatan "komited untuk meneruskan usaha bagi menggunakan semua ciri pada kuasa nasional kedua-dua negara demi memperkukuhkan kedudukan pencegahan Perikatan."

"Amerika Syarikat komited untuk memperkukuhkan penyelarasan dengan ROK untuk terus mengerahkan dan menggunakan aset strategik di rantau itu tepat pada masanya serta secara berkesan bagi mencegah dan bertindak balas terhadap DPRK dan meningkatkan keselamatan serantau," menurutnya, merujuk kepada Korea Selatan dan Korea Utara dengan pangkalan huruf nama rasmi masing-masing.

Kenyataan tersebut merujuk kepada latihan gabungan jet pejuang F-35A pada Julai dan pengerahan kapal induk tentera USS Ronald Reagan Carrier yang akan datang di rantau tersebut "sebagai satu paparan jelas komitmen AS sedemikian."

Kenyataan tersebut menyatakan delegasi EDSCG sudah memeriksa pesawat pengebom strategik B-52 AS. Ia menambah kedua-dua negara akan berusaha untuk meningkatkan kesediaan strategik menerusi perkongsian maklumat, latihan dan yang lebih baik.

Kedua-dua negara juga berikrar untuk mengukuhkan keupayaan serta kedudukan tindak balas peluru berpandu perikatan itu.

Minggu lalu, Korea Utara secara rasminya memaktubkan hak untuk menggunakan serangan tindak balas nuklear demi melindungi negaranya dalam sebuah undang-undang baru. Menurut pemimpin Kim Jong Un, ini akan menjadikan status nuklearnya "tidak boleh ditarik balik" dan menyekat rundingan menggugurkan penggunaan nuklear.

Dalam kenyataannya, AS dan Korea Selatan menegaskan bahawa penyambungan semula ujian nuklear "akan berdepan dengan tindak balas seluruh pemerintah yang kukuh serta tegas" dan kedua-dua negara "bersedia untuk menghadapi semua senario yang mungkin berlaku".
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa