Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS ikrar potong pengeluaran gas karbon hingga 52% jelang 2030

 Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa dunia supaya membuat keputusan penting dalam dekad ini demi mengelak kesan paling buruk akibat krisis iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
AS ikrar potong pengeluaran gas karbon hingga 52% jelang 2030

(Gambar: AFP/Saul Loeb)

Diterbitkan : 23 Apr 2021 06:16PM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 06:17PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa dunia supaya membuat keputusan penting dalam dekad ini demi mengelak kesan paling buruk akibat krisis iklim.

Ekonomi terbesar dunia itu berikrar akan mengurangkan pengeluaran gas karbon sehingga 52 peratus menjelang tahun 2030 berbanding paras tahun 2005.

Presiden Biden membuat ikrar itu semasa Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim yang dihadiri puluhan pemimpin dunia dan diadakan secara maya.

Jepun juga menaikkan sasarannya untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon sebanyak 46 peratus menjelang tahun 2030 daripada paras tahun 2005.

Kadar sasaran pengurangan sebelumnya ialah 30 peratus.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau juga berikrar untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau itu sehingga 45 peratus iaitu lebih tinggi berbanding sasaran awalnya, 30 peratus.

Ikhtiar terbaru bagi menangani krisis iklim itu dibuat setelah pentadbiran mantan Presiden Donald Trump menarik keluar Amerika daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.

Amerika menyertai semula perjanjian itu setelah Encik Biden menjadi Presiden.

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan