Skip to main content

Dunia

AS ikrar $300 juta bagi biaya dana keselamatan Asia Tenggara

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berikrar menyediakan hampir AS$300 juta (S$409 juta) bagi dana keselamatan yang baru

Anggaran Waktu Membaca:
AS ikrar $300 juta bagi biaya dana keselamatan Asia Tenggara

Gambar fail Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo. (Gambar: Leah Millis/Reuters)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 01:17PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 01:19PM

SINGAPURA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berikrar hari ini (4 Ogos) untuk menyediakan hampir AS$300 juta (S$409 juta) bagi dana keselamatan yang baru bagi Asia Tenggara.

Encik Pompeo mendedahkan perangkaan itu kepada para wartawan di luar mesyuarat para menteri ehwal luar dari 10 negara anggota ASEAN dan para pegawai lain dari seluruh dunia, di Singapura.

“Sebagai sebahagian komitmen kami untuk mengukuhkan keselamatan serantau di Indo-Pasifik, Amerika Syarikat berbesar hati untuk mengumumkan hampir AS$300 juta pendanaan baru bagi memperkukuh kerjasama keselamatan di seluruh rantau,” kata beliau.

Awal dari itu, Washington menyatakan bahawa ia akan melaburkan AS113 juta (S$154 juta) dalam inisiatif-inisiatif teknologi, tenaga dan prasarana di negara-negara membangun Asia yang beliau sifatkan sebagai “bayaran pendahuluan era baru komitmen Amerika terhadap ranatau ini”.

Wawasan Amerika bagi rantau "Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka” diumumkan menyusuli pengaruh China yang kian meningkat sebagai sebahagian Jaluran Ekonomi Laluan Sutera yang bertujuan memperkasa hubungan perdagangan negara-negara rantau Asia Tenggara dengan negara-negara lain.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita