Iklan YouTube dikurangkan, namun lebih panjang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
CALIFORNIA: Tidak dinafikan, iklan di YouTube boleh mengganggu pengalaman menonton video.
Disebabkan penggunaan penghalang iklan dilarang Google, cara untuk mengelakkan iklan hanyalah dengan melanggan YouTube Premium.
Baru-baru ini, Google mengeluarkan kenyataan di mana ia ingin memberikan para pengguna pengalaman penstriman yang terbaik, lapor Astro Awani.
Dalam ujian yang dilakukan, majoriti pengguna lebih suka menonton satu iklan yang panjang berbanding beberapa iklan pendek yang kerap mengganggu pengalaman menonton.
Hasilnya, kandungan yang distrim boleh ditonton 29% lebih lama sebelum iklan disajikan.
Google turut akan memperkenalkan iklan pada YouTube Shorts di televisyen, memandangkan jumlah pengguna yang sudah meningkat sehingga 100% antara Januari ke September 2023.
Ini akan memberikan peluang kepada pelbagai jenama mempromosikan produk dengan lebih mudah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.