IKEA France dibicarakan kerana intip pekerja
Cawangan Perancis gergasi peruncit dari Sweden, IKEA dibicarakan pada Isnin (22 Mac) setelah dituduh mengendalikan sebuah sistem terperinci untuk mengintip para kakitangan dan pemohon kerja menggunakan penyiasat privet dan pegawai polis.

(Gambar: AFP)
VERSAILLES: Cawangan Perancis gergasi peruncit dari Sweden, IKEA dibicarakan pada Isnin (22 Mac) setelah dituduh mengendalikan sebuah sistem terperinci untuk mengintip para kakitangan dan pemohon kerja menggunakan penyiasat privet dan pegawai polis.
IKEA France, sebuah entiti korporat akan dibicarakan selain beberapa bekas eksekutif yang berdepan risiko dikenakan hukuman penjara.
Sebuah penerbitan penyelidikan dari Perancis Le Canard Enchaine dan Mediapart membongkar skim pemantauan itu pada 2012, dan pihak pendakwa mengendalikan kes itu selepas kesatuan Force Ouvriere membuat aduan perundangan.
Pihak pendakwa berkata IKEA France menubuhkan satu "sistem pengintipan" bagi seluruh operasinya di merata negara, mengumpul maklumat tentang kehidupan peribadi ratusan kakitangan dan pemohon kerja, termasuk butiran peribadi tentang rekod jenayah.
Sejak laporan media dibuat, syarikat itu memecat empat pegawai eksekutif, namun IKEA France yang menggajikan 10,000 pekerja masih boleh dikenakan denda sehingga €3.75 juta (S$5.9 juta).
15 orang yang akan dihadapkan di mahkamah di Versailles dekat Paris termasuk bekas pengurus kedai dan pegawai eksekutif utama seperti bekas CEO Stefan Vanoverbeke dan penjawat sebelumnya, Jean-Louis Baillot.
Kumpulan itu juga termasuk empat pegawai polis yang dituduh menyerahkan maklumat sulit.
Tuduhan itu termasuk mengumpulkan maklumat peribadi secara haram, menerima maklumat peribadi yang dikumpulkan secara haram dan melanggar kerahsiaan profesional, dengan ada yang membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.