Skip to main content

Dunia

Ikan pari seberat 181kg ditemui di New York

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Seekor ikan pari seberat 181 kg ditemui di perairan Long Island Sound, Amerika Syarikat, menurut laporan New York Post pada Sabtu (30 Sep).

Sepanjang enam kaki (1.82 meter) dan selebar 5 kaki (1.52 meter), haiwan itu ditangkap oleh kru Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Connecticut.

Pertubuhan itu memuat naik gambar ikan pari yang ditangkap itu ke laman Facebooknya dan menulis bahawa "gergasi lembut" itu sering ditemui sepanjang pesisiran pantai Atlantik dari New England ke Florida, namun jarang dilihat di Long Island Sound.

Gambar itu menunjukkan haiwan itu berada di dalam keadaan terbalik, menurut laporan New York Post.

"Daripada cuba untuk terbalikkan haiwan itu, kru kami dengan pantas mengambil beberapa ukuran dan segera mengembalikan ikan pari itu ke dalam air untuk melihatnya berenang jauh dengan selamat," jelas pertubuhan itu dalam catatan tersebut.

Spesies ikan pari, yang mempunyai ikatan dengan ikan jerung, mempunyai tulang belakang yang berbisa di ekornya yang juga mempunyai bilah tajam, yang boleh menyebabkan kecederaan apabila disentuh, lapor New York Times.

Namun, ikan itu juga tidak agresif dan hanya akan menyerang manusia jika diprovokasi.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita