Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ikan buntal tidak dibenarkan dijual di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Ikan buntal tidak dibenarkan dijual di M'sia

Gambar fail: Bernama

Diterbitkan : 30 Mar 2023 06:14PM Dikemas Kini : 30 Mar 2023 06:15PM
KUALA LUMPUR: Ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya sebenarnya tidak dibenarkan dijual, tegas Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini kerana, kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Dalam masa sama, jelas beliau, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan dengan secukupnya larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi atau di atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

"KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

"Tinjauan yang telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM pada tahun 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal," ujarnya, dipetik daripada Astro Awani.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal di Johor Bharu, lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan