'IHU' dan 'Flurona' - ancaman terbaru COVID-19?
(Gambar: Christophe Simon/AFP)
KUALA LUMPUR: ‘IHU’ dan ‘Flurona’ mungkin mencetuskan ancaman kepada dunia dalam ketika kebanyakan negara terus bergelut mengekang lonjakan baru kes COVID-19 akibat varian Delta dan terkini, Omicron.
Para saintis di Institut Jangkitan Méditerranée, Perancis, mengenalpasti varian baru IHU yang secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dan mempunyai 46 mutasi.
Menurut laporan media antarabangsa Selasa (4 Jan), kes IHU dikaitkan dengan pengembara yang pulang ke Perancis dari Cameroon, terletak di bahagian tengah Afrika. Sebanyak 12 kes jangkitan IHU dikesan di Marseille, selatan Perancis setakat ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipetik berkata, “IHU sememangnya berada dalam pengawasan mereka dan ia dikesan serentak dengan penemuan varian Omicron di Afrika Selatan.”
Sementara itu, Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes demam selesema serta COVID-19 serentak dan wanita yang dijangkiti itu sedang hamil dan dilaporkan tidak menerima sebarang vaksin.
Kes Flurona itu dipercayai yang pertama di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.