Skip to main content

Dunia

Idrus Harun Peguam Negara baru M'sia ganti Tommy Thomas

Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baru untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Idrus Harun Peguam Negara baru M'sia ganti Tommy Thomas

Idrus Harun dilantik Peguam Negara M'sia bermula 6 Mac 2020 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Mar 2020 10:09PM Dikemas Kini : 06 Mar 2020 10:19PM

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baru untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini (6 Mac)berkata pelantikan beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Sultan Abdullah juga telah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita