Identiti semua mangsa nahas Jeju Air dikenal pasti
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: YONHAP/AFP)
SEOUL: Kesemua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan pada Sabtu (4 Jan), lapor agensi berita Yonhap.
Pada Ahad lalu, pesawat penumpang Jeju Air dari Bangkok merempuh tembok luar Lapangan Terbang Antarabangsa Muan ketika melakukan pendaratan cemas, menyebabkan 179 daripada 181 orang di dalam pesawat itu terkorban.
Daripada jumlah mangsa yang ditemui, 103 sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada para waris, menurut kementerian itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.