Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Identiti pemenang Pilihan Raya Presiden AS masih jadi tanda tanya

 Belum diketahui siapa pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Identiti pemenang Pilihan Raya Presiden AS masih jadi tanda tanya

Presiden Trump (kiri) dan Encik Joe Biden. (Gambar fail: Gene J Puskar/AP, Tom Brenner/Reuters)

Diterbitkan : 04 Nov 2020 10:05PM Dikemas Kini : 04 Nov 2020 10:10PM

WASHINGTON: Belum diketahui siapa pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Namun kedua-dua calon, Presiden Trump dan Encik Joe Biden, yakin menang.

Bahkan Presiden Trump sudahpun mengisytiharkan beliau menang dan meminta Mahkamah Agung menghentikan kiraan undi.

Sehingga hari mengundi banyak tinjauan pendapat menunjukkan Encik Biden akan menang.

Hasil kiraan undi sejauh ini menunjukkan persaingan yang amat sengit di wilayah-wilayah penting seperti Florida, Pennsylvania dan North Carolina.

Bagaimanapun Presiden Trump dilaporkan telah menang di Florida yang mempunyai 29 undi perwakilan pemilih, salah satu yang paling banyak.

Seperti yang dijangkakan Encik Biden pula menang di tempat yang paling penting iaitu California yang mempunyai 55 undi perwakilan pemilih dan New York.

Untuk muncul sebagai pemenang, Presiden Trump atau Encik Biden perlu meraih sekurang-kurangnya 270 undi perwakilan pemilih. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan