Identiti 30 orang lakukan provokasi terhadap parti MUDA dikenal pasti
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sumber Web
MUAR: Polis Muar sudah mengenal pasti identiti 30 orang yang melakukan provokasi sewaktu acara pelancaran jentera pilihan raya parti MUDA di sebuah restoran di Jalan Bakri.
Polis Muar menyatakan terdapat insiden menjerit dan membaling botol serta mercun dalam provokasi berkenaan.
Polis Muar juga menambah bahawa pihaknya dimaklumkan tentang insiden itu yang berlaku sekitar pukul 9.30 malam semalam (22 Okt).
Dalam satu kenyataan media, pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tuduhan atau spekulasi di mana-mana platform mahupun media sosial.
Ini merupakan kali kedua MUDA berdepan dengan insiden gangguan semasa acara parti sedang berlangsung.
Pada 16 Oktober lalu, ceramah mega MUDA dicemari insiden provokasi oleh sekumpulan 'mat motor'.

Sumber : Bernama/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.