Skip to main content

Dunia

ICJ akan dengar kes Rohingya terhadap Myanmar pada Jan 2026

Anggaran Waktu Membaca:
ICJ akan dengar kes Rohingya terhadap Myanmar pada Jan 2026

(Gambar: AFP/CHAIDEER MAHYUDDIN)

Diterbitkan : 20 Dec 2025 07:21PM Dikemas Kini : 20 Dec 2025 07:22PM
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), iaitu badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan mengadakan sesi pendengaran awam dari 12 hingga 29 Januari 2026 berhubung dakwaan bahawa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim Rohingya.
  • Prosiding itu menyusuli permohonan yang difailkan oleh Gambia pada November 2019, yang menuduh Myanmar melanggar “Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid”.
  • Sebanyak 11 negara - Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Britain, Maldives, Slovenia, Republik Demokratik Congo, Belgium dan Ireland - sudah memfailkan pengisytiharan campur tangan.
  • Kira-kira satu juta orang sudah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sejak 2017.
Dijana oleh AI
BRUSSELS: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), iaitu badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan mengadakan sesi pendengaran awam dari 12 hingga 29 Januari 2026 berhubung dakwaan bahawa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim Rohingya.

Prosiding itu menyusuli permohonan yang difailkan oleh Gambia pada November 2019, yang menuduh Myanmar melanggar “Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid”.

Gambia memohon ICJ mengisytiharkan bahawa Myanmar telah melanggar kewajipannya di bawah konvensyen itu, mengarahkan pemberhentian sebarang perbuatan salah serta memastikan bayaran pampasan dan jaminan bahawa tindakan itu tidak berulang terhadap mangsa Rohingya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan langkah-langkah sementara terhadap Myanmar pada Januari 2020, dan kedua-dua pihak sejak itu sudah mengemukakan hujahan bertulis mengenai merit kes berkenaan.

Sebanyak 11 negara - Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Britain, Maldives, Slovenia, Republik Demokratik Congo, Belgium dan Ireland - sudah memfailkan pengisytiharan campur tangan.

Pendengaran itu akan menumpukan kepada merit kes, termasuk keterangan daripada saksi dan pakar.

Minoriti Muslim Rohingya sudah lama menderita akibat penindasan di wilayah Rakhine, Myanmar, dengan pihak berkuasa dituduh melakukan genosid.

Kira-kira satu juta orang sudah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sejak 2017.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita