Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iceland usul larang kanak-kanak lelaki berkhatan

ALTHING: Anggota Parlimen di Iceland mencadangkan agar larangan untuk kanak-kanak lelaki berkhatan dikeluarkan, menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Iceland usul larang kanak-kanak lelaki berkhatan

Gambar: Freepik

Diterbitkan : 02 Feb 2018 10:01AM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 10:03AM

ALTHING: Anggota Parlimen di Iceland mencadangkan agar larangan untuk kanak-kanak lelaki berkhatan dikeluarkan, menurut laporan Astro Awani.

Cadangan itu meletakkan sekiranya sesiapa yang didapati menjalankan amalan tersebut, mereka boleh dipenjara selama enam tahun.

Sekurang-kurangnya lima parti politik mengusulkan cadangan hukuman tersebut.

Mereka mencadangkan agar sesiapa yang didapati membuang organ seksual secara keseluruhan atau sebahagian darinya, perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Draf demikian jelas dilihat melanggar dan menentang undang-undang yang ditetapkan dalam agama yang mewajibkan amalan berkhatan seperti agama Islam, demikian dilaporkan Astro Awani.

Selain itu, tindakan mengarahkan kanak-kanak berkhatan adalah satu campur tangan ke atas anggota badan kanak-kanak tersebut.

Usul itu turut menetapkan bahawa kanak-kanak boleh memutuskan sendiri sama ada ingin menjalani prosedur tersebut (berkhatan) atau sebaliknya apabila mereka mencecah usia matang iaitu 15 tahun.

Amalan berkhatan untuk kaum wanita sebelum ini diharamkan pada tahun 2005 namun tiada undang-undang terhadap kaum lelaki ditetapkan pada masa tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, ini kerana jumlah masyarakat Islam dan Yahudi di sana adalah sangat rendah.

Isu berkhatan sebelum ini pernah menjadi perdebatan hangat di negara-negara di utara Eropah seperti Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland.

Pada 2016, Persatuan Perubatan Denmark mengharamkan amalan berkhatan terhadap kanak-kanak dengan mengatakan langkah itu adalah pilihan peribadi dan hanya boleh dilakukan apabila usia seseorang itu memasuki alam dewasa.

Manakala pada Mei 2017, Norway’s Progress Party (FrP), parti ketiga terbesar di Norway dan terkenal dengan dasar anti-imigresen, menyokong rang undang-undang mengharamkan amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki bawah 16 tahun.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan