ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir: Ketua Pendakwa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Dimitar DILKOFF / AFP)
HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sudah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik ketua pendakwanya pada Isnin (2 Dis).
Karim Khan menekankan usaha intensif mahkamah baru-baru ini dalam ucapannya pada sesi ke-23 Perhimpunan Negara-Negara Pihak (ASP) kepada Statut Rom ICC.
ICC sudah menerima jumlah bukti dan dokumen terbesar dalam sejarahnya pada tahun lepas, dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan mangsa-mangsa mengemukakan banyak dokumen dan bukti di bawah Artikel 15 Statut Rom, katanya.
Daripada 30 waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, ketua pendakwa itu berkata 18 waran dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Menegaskan bahawa undang-undang mesti diterapkan secara adil kepada semua pihak, Encik Karim berkata perlindungan yang dinikmati oleh penduduk di satu bahagian dunia tidak berbeza daripada yang dinikmati di bahagian dunia yang lain.
Beliau turut menyentuh tentang kepentingan bekerjasama dan bertindak bersama untuk memenuhi tujuan mahkamah dan tugas yang ditetapkan kepadanya di bawah Statut Rom.
Pada 21 November lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.