Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant, Deif

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis (21 Nov) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mantan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant serta ketua tentera Hamas, Mohammed Deif.

Anggaran Waktu Membaca:
ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant, Deif

(Gambar: AFP/Abir Sultan)

Diterbitkan : 21 Nov 2024 11:50PM Dikemas Kini : 22 Nov 2024 11:25AM

MOSKO: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis (21 Nov) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mantan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant serta ketua tentera Hamas, Mohammed Deif.

"ICC mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024, hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap," menurut kenyataan itu.

Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap Deif, ia menambah.

Israel menyatakan pada awal Ogos ia telah membunuh Deif dalam satu serangan udara di selatan Gaza pada Julai, namun Hamas belum lagi mengesahkan kematiannya.

Mahkamah menolak hujah Israel mengenai kekurangan bidang kuasa ke atas waran tangkap Encik Netanyahu dan Encik Gallant.

"Berkenaan dengan jenayah, mahkamah mendapati alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu, yang dilahirkan pada 21 Okt 1949, Perdana Menteri Israel pada masa perlakuan yang berkaitan dan Gallant, yang dilahirkan pada 8 Nov 1958, Menteri Pertahanan Israel pada masa perlakuan yang didakwa, masing-masing memikul tanggungjawab jenayah untuk jenayah berikut sebagai pelaku bersama untuk melakukan perbuatan itu bersama dengan orang lain: jenayah perang kebuluran sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan perbuatan tidak berperikemanusiaan yang lain.

"Mahkamah juga mendapati alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant masing-masing memikul tanggungjawab jenayah sebagai ketua awam atas jenayah perang dengan sengaja mengarahkan serangan terhadap penduduk awam," menurut kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan