Skip to main content

Dunia

Ibu yang sorok anak dalam but kereta berulat, dijel

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyorok bayinya dalam but kereta yang berulat sehingga mengakibatkan puterinya itu mengalami kecacatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu yang sorok anak dalam but kereta berulat, dijel

Kerusi bayi yang ditemukan dalam but kereta Da Cruz. (Gambar: Georges Gobet/AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2018 08:51AM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 08:55AM

TULLE: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyorok bayinya dalam but kereta yang berulat sehingga mengakibatkan puterinya itu mengalami kecacatan mental.

Rosa Maria Da Cruz, seorang ibu empat anak, menyembunyikan anaknya sehingga kanak-kanak itu berusia hampir dua tahun. Para peguamnya mengatakan bahawa dia tidak dapat menerima hakikat akan menimang seorang lagi anak.

Pada 2013, seorang mekanik terjumpa bayi berkenaan dalam but kereta Da Cruz yang sangat kotor, ketika dia menghantar keretanya ke bengkel untuk diperbaiki.

Selepas mendengar bunyi dari but kereta, mekanik berkenaan menemui bayi tersebut di kerusi bayi dalam keadaan berbogel, kotor dan sakit. Kanak-kanak perempuan itu dikelilingi ulat dan najis.

Bayi itu juga dipercayai dikurung dalam sebuah bilik yang tidak digunakan dalam rumah keluarga berkenaan yang terletak di wilayah Correze, Perancis.

Related article image
Da Cruz semasa perbicaraan berlangsung di mahkamah. (Gambar: Georges Gobet/AFP)

Da Cruz semasa perbicaraan berlangsung di mahkamah. (Gambar: Georges Gobet/AFP)

Mangsa, yang akan berumur tujuh tahun pada minggu depan dan kini diletakkan di bawah jagaan ibu bapa angkat, mengalami beberapa masalah mental, termasuk autisme yang tidak boleh dirawat disebabkan kurang perangsangan deria pada beberapa bulan pertamanya.

Pada Jumaat (17 Nov), Da Cruz meminta maaf kepada puterinya.

"Saya menyedari sudah sangat melukainya dan tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi," katanya.

Pasangan Da Cruz, Domingos Sampaio Alves, seorang penganggur, mengatakan bahawa beliau sama sekali tidak tahu Da Cruz melahirkan seorang lagi anaknya.

"Saya tidak tahu mengapa dia lakukan itu," katanya kepada mahkamah, sambil menyifatkan Da Cruz sebagai seorang "ibu yang baik" kepada anak-anaknya yang lain. Tiga anaknya masing-masing berusia sembilan, 14 dan 15 tahun.

Da Cruz dan pasangannya dibenarkan untuk terus membesarkan mereka, yang seorang pakar pediatrik sifatkan di mahkamah "sudah dibesarkan dengan baik sekali". 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita