Ibu tunggal ini wanita pertama disebat di Terengganu kerana khalwat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Bernama TV)
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 (S$1,100) selepas Nurfifi Amira Nawi, 37 tahun, mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.
Nurfifi Amira mengaku berada bersama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di Kemaman kira-kira pukul 3.15 petang 31 Januari lepas.
Sebelum ini, wanita tersebut pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan dikenakan hukuman denda.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan enam kali, denda RM5,000 (S$1,400) atau penjara tiga tahun.
Encik Rosli memerintahkan hukuman ke atas Nurfifi Amira, yang mempunyai seorang anak, dijalankan pada 6 Mei ini di Penjara Marang jika dia gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari, bermula pada Rabu (17 Apr) dan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.
Terdahulu, hakim berkenaan menasihatkan Nurfifi Amira supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindari perbuatan khalwat.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.