Skip to main content

Dunia

Ibu tunggal dan rakan warga SG didakwa dera, abai anak di Pasir Gudang

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu tunggal dan rakan warga SG didakwa dera, abai anak di Pasir Gudang

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 16 Aug 2023 04:02PM Dikemas Kini : 16 Aug 2023 04:03PM
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Selasa (16 Ogos) atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang.

Bagi pertuduhan pertama, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27 tahun, dan rakannya, seorang warga Singapura Awiin Chua berusia 30 tahun, didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Pertuduhan kedua pula, dua wanita yang masing-masing seorang suri rumah dan juruteknik di sebuah kilang itu didakwa mencapai niat bersama telah mengabaikan kanak-kanak berkenaan yang di bawah penjagaan mereka.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 (S$$14,648) atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita