Ibu trauma lihat kulit anak mengelupas, 'dimamah'
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas kulitnya didapati mula dimamah oleh bisa yang ditinggalkan seekor labah-labah yang mengigitnya.
Petikan gambar labah-labah jenis 'widow'.
ESSEX: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas kulitnya didapati mula dimamah oleh bisa yang ditinggalkan seekor labah-labah yang mengigitnya.
Menurut ibu kanak-kanak itu, Jaime Anderson, beliau menyedari kesan gigitan itu selepas anaknya Bella pulang dari bermalam di rumah rakannya, lapor The Mirror.
Selepas beberapa kali ke hospital, akhirnya doktor mengesahkan bahawa Bella digigit labah-labah jenis 'widow’.
Bella bagaimanapun tidak tahu di manakah beliau digigit.
The Mirror difahamkan bahawa kesan gigitan itu pantas merebak menjadi kudis dan kulit Bella menjadi seperti dimamah ulat.
Luka yang sebesar siling 50 sen merebak menjadi lebih besar.
Meskipun kelihatan ‘mengerikan’ dan ‘menyakitkan’, Bella dikhabarkan tidak menunjukkan sebarang rasa sakit.
Selepas diberikan antibiotik, kesan gigitan itu berjaya dikawal dan beransur pulih.
Menurut The Mirror, satu pembedahan untuk membersihkan luka akan dilakukan dan Bella dijangka akan dibenarkan pulang sedikit masa lagi.
Doktor percaya spesis labah-labah itu datang daripada pisang yang diimport dan mula membiak di kawasan Essex.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.