Ibu tersilap tembak anak perempuan
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang ingin membuat kejutan bagi ibunya, cedera selepas ditembak apabila wanita tersebut menyangka beliau adalah seorang penceroboh.
Gambar hiasan. (Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)
WASHINGTON: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang ingin membuat kejutan bagi ibunya, cedera selepas ditembak apabila wanita tersebut menyangka beliau adalah seorang penceroboh.
“Remaja tersebut yang sedang menuntut di kolej, pulang ke rumah tanpa memaklumkan ibunya, cedera selepas ditembak di bahagian tangan dalam insiden di Girard, Ohio,” lapor stesen televisyen tempatan, WFMJ.
Ketua polis, Encik John Norman memberitahu WFMJ, wanita itu memiliki lesen bagi pistol Special Revolver .38 dan bersendirian di rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari dapur atau bahagian tamu rumahnya.
“Beliau mendakwa pintu biliknya terbuka ketika mendengar bunyi itu dan pistol itu berada berhampiran dengannya, sebelum melepaskan tembakan ke arah seseorang yang memasuki pintu bilik tersebut,” kata Encik Norman.
“Wanita itu terkejut apabila mengetahui beliau menembak anak perempuannya sendiri,” kata Encik Norman.
Menurut Encik Norman, seorang peguam setempat akan menentukan sama ada wanita itu akan didakwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.