Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu sedih bayi 3 bulan maut pada hari pertama dijaga pengasuh

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan tuntutan kerjaya kerana mahu mereka sentiasa selamat dibawah jagaan seseorang.

Namun, sayangnya tidak semua bernasib baik apabila munculnya berita kemalangan dan kematian melibatkan kanak-kanak di rumah pengasuh sehingga menyebabkan segelintir ‘takut’ menghantar mereka lagi, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Situasi tersebut dialami sendiri oleh seorang ibu apabila beliau dan seisi keluarga kehilangan bayi perempuan berusia 3 bulan pada hari pertama dijaga pengasuh.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh keluarga ibu tersebut, difahamkan bayi bernama Aisyah itu ditemui meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh pada awal November lalu.

Walaupun sukar untuk menerima hakikat, namun mereka sangat bersyukur kerana Allah sudah meminjamkan Aisyah selama tiga bulan, lapor ohmymedia.

Ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Fizah memberitahu keadaan bertambah cemas apabila beliau dikejutkan dengan khabar anaknya tidak sedarkan diri sebelum menyuruh pengasuh berkenaan menelefon talian kecemasan.

Hati ibu mana tidak remuk dan berkecai sebaik sahaja mendapat tahu anaknya tidak sedarkan diri. Mahupun begitu, beliau terpaksa kuat di hadapan semua orang bahawa dirinya berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Malangnya, saat melihat sekujur tubuh anaknya di hospital, beliau hampir rebah dan cuba menerima takdir bahawa anak perempuannya, Aisyah sudah tiada lagi, lapor ohmymedia.

Cerita anggota keluarga, pengasuh bayi berkenaan disiasat oleh pihak polis walaupun mereka sedar beliau juga insan biasa yang tak terlepas daripada melakukan kecuaian.

Katanya, mungkin ini adalah takdir buat mereka sekeluarga terutama adiknya yang sudah dua kali kehilangan ‘anak syurga’.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan