Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu saudara, suami direman; dera 2 beradik

Sepasang suami isteri yang ditahan pada Jumaat (16 Sep) kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, direman selama tujuh hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu saudara, suami direman; dera 2 beradik

(Gambar: Polis Daerah Ampang Jaya Page/Facebook)

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang ditahan pada Jumaat (16 Sep) kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek direman bermula Sabtu (17 Sep) hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis menahan kedua-dua suspek kira-kira pukul 6.00 petang Jumaat kerana disyaki mendera adik-beradik berkenaan.

Suspek wanita, iaitu adik kepada ibu mangsa, menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.

Awal dari itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat.

Berikutan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan