Ibu reda bayi meninggal dunia dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Jessa Bandang)
PEKAN JULAU: Setiap pasangan suami isteri pastinya akan mengimpikan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan mereka berkeluarga.
Namun, ajal dan maut itu ketentuan Tuhan kerana ada segelintir ibu bapa yang diuji dengan pemergian bayi mereka yang baru sahaja lahir.
Satu kejadian sedih menimpa seorang ibu baru-baru ini selepas bayinya yang berusia sembilan bulan menghembuskan nafas terakhir di dalam bas ekspres, seperti dinukil daripada The Rakyat Post.
Difahamkan, wanita tersebut ingin membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dari Pekan Julau ke Kuching.
Kejadian yang berlaku pada Isnin (5 Dis) itu terjadi apabila bayi berkenaan secara tiba-tiba tidak bernafas ketika bas tersebut sedang berhenti di Kawasan Rehat Jelukong
Berdasarkan carian di Internet, jarak Pekan Julau ke Kuching adalah kira-kira 395 kilometer dan mengambil masa hampir enam jam untuk tiba. Pekan Julau juga difahamkan tidak mempunyai hospital.
Kisah yang menyayat hati itu turut dikongsikan oleh pengguna Facebook (Jessa Bandang) apabila beliau dilihat memuat naik video ibu tersebut dengan reda memegang erat dan mengucup dahi bayinya yang telah meninggal dunia.
Di ruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan wanita tersebut yang reda dengan pemergian bayinya yang masih kecil, lapor The Rakyat Post.
Malah reaksinya wajah si ibu yang kekal tenang memegang erat bayinya itu juga mendapat perhatian ramai kerana bukan semua orang mampu menjadi sepertinya.
Pada masa sama, mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada ibu berkenaan dan berharap dia diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.