Skip to main content

Dunia

Ibu rayu sumbangan, anak hidap masalah salur darah paru-paru sempit

Seorang ibu, Nurul Hana Zakaria, 26 tahun, merayu sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya bagi membeli mesin oksigen jenis bateri untuk bayinya berusia 10 bulan yang mengalami masalah saluran darah paru-paru bahagian atas kanan sempit sejak lahir.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu rayu sumbangan, anak hidap masalah salur darah paru-paru sempit

Cik Nurul Hana merayu sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 01:01AM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 01:07AM

PENDANG: Seorang ibu, Nurul Hana Zakaria, 26 tahun, merayu sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya bagi membeli mesin oksigen jenis bateri untuk bayinya berusia 10 bulan yang mengalami masalah saluran darah paru-paru bahagian atas kanan sempit sejak lahir.

Cik Nurul Hana berkata anak bongsu daripada dua beradik bernama Muhammad Nazmi Ammar itu, menghidap Sindrom Down dan dia sangat memerlukan mesin oksigen berkenaan untuk membolehkannya menjalani kehidupan normal serta sihat seperti bayi-bayi lain.

Buat masa ini, anaknya itu hanya bergantung sementara kepada mesin oksigen jenis elektrik yang dipinjamkan seorang doktor dari Hospital Pulau Pinang kepada keluarganya itu sejak dua bulan lalu. Namun tempoh meminjam mesin itu akan berakhir pada bulan depan.

Related article image
Cik Nurul Hana merayu sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya. (Gambar: BERNAMA)

“Kami perlu kembalikan mesin itu semula. Buat masa ini kami tidak mampu beli kerana ia mencecah RM8,000 (S$2,600). Suami saya Ammar Abd Razak, 29, pula hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji kira-kira RM1,000 (S$330) sebulan,” katanya ketika ditemui pihak media di rumahnya yang terletak di Kampung Banggol Sanai, Bukit Jenun.

Selain itu, Cik Nurul Hana dan suami juga memerlukan bantuan untuk membeli topeng oksigen yang baru serta alat cair kahak berharga kira-kira RM5,000 (S$1,600).

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubunginya di talian 014-3487026.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita