Ibu pelakon cilik M'sia cedera dalam insiden tarik kerusi akan ambil tindakan undang-undang
(Gambar: Instagram/puterirafasya1)
KUALA LUMPUR: Ibu kepada seorang pelakon cilik di Malaysia berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang selepas anak perempuannya mengalami keretakan pada tulang pinggul.
Insiden berlaku apabila kerusinya ditarik di set pengambaran.
Cik Fatin Aliza Salmi, 33 tahun, memberitahu Mediacorp pada Isnin (20 Mac) bahawa beliau sudah melantik peguam dan sedang menunggu laporan perubatan anak perempuannya sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya.
menghormati mereka, dan bimbang bagaimana warga siber akan bertindak.
Beliau berkata hanya ibu bapa kanak-kanak perempuan itu sahaja yang meminta maaf kepadanya ketika pertemuan secara peribada pada 13 Mac, lebih dua minggu sejak berlakunya insiden tersebut.
Pertemuan itu dihadiri kedua-dua pihak terbabit dan wakil dari pasukan produksi dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Menurut Cik Fatin, beberapa pihak yang hadir pada pertemuan pada 13 Mac menegaskan bahawa Puteri Rafasya jatuh dari kerusi dengan sendirinya. Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu juga menawarkan RM120 (S$36) sebagai "bantuan", katanya.
"Kita akan serahkan perkara ini kepada peguam. Ia sebenarnya adalah isu besar, isu keselamatan bersama set produksi. Saya tidak ingin bercakap banyak tentang pihak produksi ini yang saya rasa juga tidak ingin bertanggungjawab," katanya.
PUTERI MASIH TRAUMA
Cik Fatin berkata beliau lega bahawa keadaan Puteri sudah bertambah baik namun masih bimbang sama ada kecederaan itu akan menimbulkan sebarang penyakit pada masa hadapan.
Buat masa ini, Puteri sedang belajar untuk berjalan tanpa menggunakan tongkat dan dijadualkan menjalani fisioterapi dalam beberapa hari akan datang. Puteri sedang meluangkan masa di rumah melukis dan melakukan seni dan kraf.
Cik Fatin menganggarkan bahawa Puteri tidak akan berlakon selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
"Itu kalau dia mahu teruskan berlakon, disebabkan traumanya," katanya.
Cik Fatin menarik perhatian bahawa Puteri masih terfikir mengenai insiden tersebut, dan kadang-kala memberitahu ibunya bahawa dia tidak rasa seperti ingin duduk di atas kerusi.
Cik Fatin juga menggesa ibu bapa supaya medidik anak-anak bahawa perbuatan menarik kerusi sebagai 'prank' adalah sangat berbahaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.