Skip to main content

Dunia

Ibu pejabat parti pemerintah Jepun dibaling bom botol, suspek diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat parti pemerintah Jepun dibaling bom botol, suspek diberkas

(Gambar: STR/JIJI Press/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2024 11:00AM
TOKYO: Seorang lelaki membaling bom botol atau 'molotov cocktail' ke arah ibu pejabat parti pemerintah Jepun di Tokyo pada Sabtu (19 Okt).

Menurut penyiar awam NHK dan media Jepun yang lain, tiada kecederaan dilaporkan sejauh ini.

Polis Tokyo bagaimanapun enggan mengulas lanjut, setakat menyatakan bahawa insiden itu sedang disiasat.

Lelaki itu, yang diberkas di tempat kejadian, telah merempuh keretanya pada pagar berdekatan.

Motif serangannya masih belum diketahui.

Parti Demokratik Liberal (LDP) yang mentadbir Jepun semakin tidak popular dalam kalangan rakyat berikutan skandal wang melibatkan pembiayaan dana yang mencurigakan dan pengelakan cukai.

Parti itu juga enggan mengulas mengenai insiden tersebut.

Ia sebaliknya merujuk semua pertanyaan kepada pihak polis.
Parti itu baru-baru ini memilih pemimpin baharu, Perdana Menteri Shigeru Ishiba, dengan harapan beliau dapat menampilkan imej baharu. Tinjauan pendapat bagaimanapun menunjukkan popularitinya menjunam, walaupun masih tidak jelas sama ada mereka akan kehilangan kuasa majoriti di dewan rakyat dalam pilihan raya akan datang, memandangkan pembangkang berpecah-belah.

Beberapa calon turut dihina, yang jarang berlaku dalam budaya Jepun.

Parti Demokrat Liberal telah memerintah Jepun hampir tanpa henti sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Parti tersebut telah menerajui Jepun menjadi kuasa ekonomi dunia daripada kemusnahan Perang Dunia II.

Perdana Menteri Shinzo Abe ketika itu telah dibunuh pada 2022, semasa beliau menyampaikan ucapan untuk calon parti pemerintah semasa Pilihan Raya Parlimen.
Sumber : AP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita