Skip to main content

Dunia

Ibu 'kurung' anak bawah kerusi untuk main mahjong

Anak kecil berusia setahun itu menangis sambil meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak diendahkan oleh ibu yang sibuk bermain mahjong.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu 'kurung' anak bawah kerusi untuk main mahjong

(Gambar: Fred Dufour/AFP)

Diterbitkan : 05 Jul 2018 02:30PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 02:35PM

HUNAN: Seorang ibu di China sanggup 'mengurung' anak lelakinya di bawah kerusi plastik semata-mata untuk bermain mahjong bersama rakan-rakannya.

Anak kecil berusia setahun itu menangis sambil meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak diendahkan oleh ibu yang sibuk bermain mahjong.

Menurut Legal and Legislation Evening Post, insiden itu berlaku di sebuah premis judi (mahjong) haram berdekatan bandar Hengyang, di wilayah Hunan.

Video insiden itu yang dimuat naik di media sosial dan ditonton 2.1 juta kali, turut menerima kecaman netizen yang marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu 'mengurung' anaknya.

"Ibu yang pentingkan diri sendiri! Bayangkan si anak pula mengurung ibunya satu hari nanti," kata seorang pengguna laman sosial 'Chenyongan'.

"Sakitnya hati melihat budak itu terkurung ketika ibunya asyik bermain mahjong," tulis seorang pengguna bernama 'MFying'.

Satu laporan polis kemudian dibuat susulan video terbabit dan 12 individu ditahan atas tuduhan judi haram oleh polis yang menyerbu premis berkenaan pada 3 Julai lalu.

Sementara itu, siasatan akan dijalankan dan ibu terbabit sedang cuba dikesan untuk tindakan lanjut.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita