Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu kota baru Indonesia 'Nusantara' mula dibina Ogos ini

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia akan memulakan pembinaan bangunan pemerintah di ibu kota barunya Ogos ini, kata Menteri Kerja Raya dan Perumahan republik Indonesia, Basuki Hadimuljono.

Encik Basuki berkata demikian ketika memaklumkan perancangan itu kepada Presiden Joko Widodo yang dalam lawatan ke lokasi di mana istana negeri akan dibina, lapor Astro AWANI menukil Bloomberg.

Pemerintah Indonesia juga akan mula membangunkan prasarana di lokasi baru itu termasuk sistem air, membasmi kuman dan jalan tol, kata menteri itu.

Indonesia merancang untuk memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur, dari Jakarta, untuk membawa lebih banyak kekayaan dan pembangunan di luar pulau terkaya di Jawa, lapor Astro AWANI.

Nusantara, nama yang dipilih sebagai menggantikan ibu kota Jakarta, merupakan projek mega yang dianggar bernilai AS$34 bilion (S$47 bilion).

Nusantara dirancang sebagai bandar mesra alam yang akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya.

Bagaimanapun perancangan itu mendapat kritikan bahawa pembinaannya boleh mengancam salah satu hutan hujan tertua di dunia.

"Apa yang paling penting ialah kita mahu menjadi berpaksikan Indonesia, bukan berpaksikan Jawa".

“Apabila kita membuat garisan dari barat ke timur dan utara ke selatan, titik tengahnya ialah wilayah Kalimantan Timur ini,” kata Encik Jokowi pada Rabu (22 Jun).

Encik Jokowi menjemput pemimpin media untuk meninjau tapak pembinaan selain bercakap kepada pelajar universiti tentang ibu kota baru itu pada Rabu (22 Jun).

Ia dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan untuk meneruskan rancangan itu.

Encik Jokowi sebelum ini menjangkakan Ibu Kota Indonesia (IKN) Nusantara itu akan dapat disiapkan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.

Menurut Encik Jokowi, pembinaan IKN Nusantara adalah satu tugasan besar dan sukar untuk dilakukan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan