Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu kota baharu Indonesia, Nusantara terima pelaburan AS$3.5 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu kota baharu Indonesia, Nusantara terima pelaburan AS$3.5 bilion

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Andrew Kutan/AFP)

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Isnin (12 Ogos) berkata, ibu kota baharu negara itu, Nusantara, telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira S$4.6 bilion).

"Setakat hari ini, pelaburan yang telah diterima untuk ibu kota baharu adalah sebanyak 56.2 trilion rupiah," kata Encik Widodo semasa Mesyuarat Kabinet pertama diadakan di Nusantara, yang disiarkan di saluran rasmi online.

Angka itu tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan pemerintah dan kemudahan awam lain.

Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan.

Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih yang dijangka mula memegang jawatan pada Oktober nanti.

"Saya optimis bahawa dalam tempoh empat hingga lima tahun, kota ini akan berfungsi dengan lebih baik sebagai ibu kota negara," kata Encik Prabowo.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan