Ibu kepada suspek bunuh Shinzo Abe adalah anggota Gereja Penyatuan

(Gambar: Jiji Press via AFP)
Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 41 tahun, dikenal pasti oleh pihak polis sebagai suspek yang mendekati Encik Abe dan melepaskan tembakan ketika beliau menyampaikan ucapan kempen pilihan raya pada Jumaat (8 Jul), serangan tersebut dirakam dan mengejutkan negara di mana keganasan senjata api jarang berlaku.
Yamagami memberitahu pihak polis bahwa ibunya menjadi muflis akibat sumbangan tersebut, lapor akhbar berita Yomiuri dan media lain.
Tomihiro Tanaka, presiden Persekutuan Keluarga bagi Keamanan dan Penyatuan Dunia Jepun yang dikenali sebagai Gereja Penyatuan, memberitahu wartawan dalam taklimat di Tokyo bahawa ibu Yamagami merupakan anggota gereja tersebut. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama wanita itu, lapor Reuters.
Encik Tanaka enggan memberikan komen mengenai sumbangan beliau dan menyatakan bahawa siasatan polis masih dijalankan.
Encik Abe dan juga suspek bukan anggota gereja tersebut, kata Encik Tanaka.
Encik Abe juga bukan penasihat bagi gereja tersebut, kata Encik Tanaka. Beliau menambah bahawa pihak gereja akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan jika mereka diminta untuk berbuat demikian.
Reuters tidak dapat menghubungi ibu Yamagami secara langsung dan tidak dapat memastikan sama ada ibunya merupakan anggota kumpulan agama lain.
Polis mengesahkan bahawa suspek menyimpan dendam terhadap pertubuhan tertentu, namun tidak mendedahkannya.
Ibu Yamagami mula menjadi anggota kumpulan gereja itu sekitar tahun 1998 namun berhenti menghadiri gereja tersebut antara 2009 dengan 2017, kata Encik Tanaka kepada Reuters.
Kira-kira dua hingga tiga tahun lalu, beliau berhubung semula dengan anggota gereja tersebut. Dalam masa setengah tahun yang lalu atau lebih, beliau menghadiri acara gereja sebulan sekali, kata beliau.
Gereja itu mempunyai kira-kira 600,000 anggota di Jepun dan sepuluh juta anggota di peringkat global, kata Encik Tanaka.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.