Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu hamil ini mengidam mahu naik kereta Perodua Ativa Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu hamil ini mengidam mahu naik kereta Perodua Ativa Putih

Nurul Naziha Ibrahim (kedua dari kiri) yang mengidam naik Ativa putih dan Siti Aisyah (kanan) yang menunaikan hajatnya. Gambar: Agensi

Diterbitkan : 25 Jan 2022 08:09PM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 09:19PM

KEDAH: Baru-baru ini, pengacara terkenal di Malaysia, Fedtri Yahya berkongsikan petikan skrin mesej seorang ibu hamil yang meluahkan keinginannya mahu menaiki Perodua Ativa putih, lapor laman web automobil, PanduLaju.

Permintaan ibu hamil tersebut menarik perhatian warga netde ngan menerima pelbagai reaksi netizen yang memahami perasaan wanita hamil yang mengidam sesuatu di luar jangka.

Menerusi kumpulan Ativa Club Malaysia, hajat Nurul Naziha Ibrahim itu akhirnya ditunaikan pemilik Ativa putih, Siti Aisyah Sulaiman, seperti dinukil PanduLaju.

Bercerita kepada PanduLaju, Nurul Naziha yang hamil anak sulung lebih 10 minggu nyata gembira apabila diberikan peluang memandu kereta tersebut lebih sejam setengah, Sabtu lalu (20 Jan).

"Minggu lalu saya teringin sangat hendak naik Ativa, sebab Ativa lain daripada lain. Saya pula memang minat kereta Perodua.

"Keluarga saya tiada yang pakai Ativa. Sampai ada niat rasa nak beli, sebelum ini dah ada Myvi dan Viva. Tiba-tiba berkenan Ativa. Rasa nak buat koleksi Perodua," kata beliau.

Pada masa sama, Nurul Naziha yang juga guru KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) meluahkan terima kasih kepada Siti Aisyah kerana memakbulkan hajat dan sanggup menemaninya memandu dari Bukit Besar hingga Sungai Limau, Kedah, seperti dilaporkan PanduLaju.

Apabila ditanya reaksi suaminya apabila mengetahui isteri beliau mengidam naik Ativa, Nurul Naziha berkata, suaminya asyik mengusik 'terkenal isteri saya' selepas kisahnya tular di media sosial.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan