Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu, anak rentung dalam kebakaran di banglo 4 tingkat M'sia

Seorang ibu dan anak perempuannya ditemukan rentung manakala dua lagi lelaki pula cedera dalam kebakaran di sebuah rumah banglo empat tingkat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama awal pagi Ahad (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan anak perempuannya ditemukan rentung manakala dua lagi lelaki pula cedera dalam kebakaran di sebuah rumah banglo empat tingkat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama awal pagi Ahad (26 Jun).

Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur Musa Abdullah berkata kedua-dua mangsa yang rentung itu masing-masing berusia 60-an dan 20-an, ditemukan di bilik tidur berlainan tingkat atas rumah tersebut.

Menurutnya, kedua-dua lelaki rakyat tempatan yang cedera, sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Menurut Encik Musa, sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.22 pagi, pihaknya terus menghantar jentera berserta 35 anggota dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Bomba tiba di lokasi pada 6.32 pagi dan mendapati api sangat marak. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.12 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Encik Musa berkata tingkat satu banglo itu, mengalami kemusnahan 100 peratus manakala tingkat dua 50 peratus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bahawa kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan