Skip to main content

Dunia

IBM akan potong ribuan pekerjaan pada Q4

Syarikat gergasi teknologi IBM akan memotong beberapa pekerjaan pada suku ini, menurut syarikat itu pada Selasa (4 Nov), dalam langkah yang dijangka menjejaskan ribuan kakitangan sedang ia mengalihkan tumpuannya kepada segmen sofwe yang membawa keuntungan lebih tinggi.
Anggaran Waktu Membaca:
IBM akan potong ribuan pekerjaan pada Q4
Logo syarikat IBM dirakam semasa sidang puncak syarikat pemula dan teknologi Viva Tech di Paris, Perancis, pada 25 Mei 2018. (Gambar: REUTERS/Charles Platiau)
NEW YORK: Syarikat gergasi teknologi IBM akan memotong beberapa pekerjaan pada suku ini, menurut syarikat itu pada Selasa (4 Nov), dalam langkah yang dijangka menjejaskan ribuan kakitangan sedang ia mengalihkan tumpuannya kepada segmen sofwe yang membawa keuntungan lebih tinggi.

Ini sedang Wall Street memberi tumpuan kepada keupayaan syarikat itu bagi meraih manfaat daripada permintaan cloud berkaitan AI.

"Kami menyemak tenaga kerja kami secara berkala.... dan pada masa-masa tertentu mengimbangkannnya semula sewajarnya," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Dalam suku keempat kami melaksanakan tindakan yang akan memberi kesan kepada peratusan kecil tenaga kerja global kami."

Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arvind Krishna, IBM meningkatkan tumpuannya terhadap perisian sofwe bagi memanfaatkan peningkatan perbelanjaan bagi perkhidmatan cloud melalui bahagian “Red Hat”-nya, sedang semakin banyak perniagaan menerapkan teknologi AI.

Namun, pada bulan lalu IBM melaporkan pertumbuhan perlahan dalam segmen utama sofwe cloud, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur yang menaruh harapan besar terhadap keupayaan “Big Blue” untuk meraih manfaat daripada lonjakan dalam permintaan bagi perkhidmatan cloud.

Saham syarikat itu, yang meningkat lebih 35 peratus tahun ini, jatuh hampir dua peratus pada Selasa.

IBM mempunyai kira-kira 270,000 pekerja setakat akhir 2024.

Sebahagian pekerja di Amerika Syarikat mungkin terjejas oleh langkah pengurangan pekerjaan itu, namun IBM menjangkakan keseluruhan jumlah tenaga kerja di negara itu akan kekal hampir sama berbanding tahun sebelumnya.

Agensi Bloomberg News adalah yang pertama untuk melaporkan butiran mengenai pemberhentian kerja tersebut pada Selasa.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita