Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibadat haji sampai kemuncak; jemaah berada dalam keadaan sihat

Ibadat haji capai kemuncaknya petang Khamis (30 Jul) apabila 10,000 jemaah, meliputi warga tempatan dan warga asing yang tinggal atau bertugas di Arab Saudi, berkumpul di padang Arafah bagi berwukuf.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibadat haji sampai kemuncak; jemaah berada dalam keadaan sihat

Para jemaah haji tiba di Bukit Arafah di bandar suci Makkah pada Hari Arafah, kemuncak ibadah haji. (Gambar: SPA menerusi AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 05:45PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 05:57PM

MINA: Ibadat haji capai kemuncaknya petang Khamis (30 Jul) apabila 10,000 jemaah, meliputi warga tempatan dan warga asing yang tinggal atau bertugas di Arab Saudi, berkumpul di padang Arafah bagi berwukuf.

Seramai 30 peratus rakyat Saudi dan 70 peratus warga asing dari 160 negara tetapi tinggal di Saudi terpilih untuk menunaikan ibadat haji yang terhad kali ini akibat pandemik COVID-19.

Selain jumlah jemaah haji yang dikurangkan dengan banyaknya, langkah-langkah menjaga tahap kesihatan dan jarak selamat diutamakan pihak berkuasa.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, para jemaah haji sejauh ini dalam keadaan sihat dan setakat ini tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan jemaah. 

Pembantu Menteri Kesihatan dan jurucakap kementerian, Dr Mohammed Al-Abdulaali, berkata kementeriannya sudah bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin dengan menyediakan beberapa kemudahan sepanjang perjalanan haji kali ini.

Antara kemudahan itu termasuk enam hospital, 51 klinik, 200 ambulans, 62 pasukan petugas di lapangan serta hospital bergerak, klinik bergerak dan tiga klinik di kediaman jemaah haji.

Kementerian juga melantik seorang ketua kesihatan bagi setiap kumpulan jemaah. 

Dr Al-Abdulaali juga menyeru jemaah dan petugas mematuhi semua langkah pencegahan, termasuk menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri. 

Selepas selesainya ibadat berwukuf, jemaah akan bermalam di Muzdalifah sebelum kembali ke Mina untuk memulakan ibadah melontar.

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan