Ibadah haji 2018 berjalan lancar
Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata bahawa ibadah haji tahun ini berjalan lancar.
ARAB SAUDI: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata bahawa ibadah haji tahun ini berjalan lancar.
Putera Khaled Al-Faisal, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Semasa sidang media yang diadakan di Mina selepas selesainya ibadah haji, Putera Al-Faisal berkata bahawa kerajaan Saudi sudah meluluskan pelaksanaan projek pembangunan baru bagi tempat-tempat ibadah haji tidak lama lagi.
Projek itu akan bergantung sepenuhnya kepada teknologi dan sistem perhubungan pantas.
Menurut Putera Al-Faisal, kerajaan Saudi meninjau kemungkinan menggunakan teknologi dalam urusan haji pada masa depan.
Saudi, tambahnya, mempunyai wawasan untuk menampung lima juta jemaah haji setiap tahun.
Tahun ini, kira-kira dua juta orang menunaikan ibadah itu yang berakhir pada Khamis (23 Ogos).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.