Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

IATA kesal atas langkah COVID-19 'tidak rasional' terhadap pelawat dari China

Anggaran Waktu Membaca:
IATA kesal atas langkah COVID-19 'tidak rasional' terhadap pelawat dari China

Para pelawat di Lapangan Terbang Malpensa di Milan. (Gambar: Piero Cruciatti / AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2023 08:51PM Dikemas Kini : 04 Jan 2023 08:52PM
BEIJING: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) membidas sekatan perjalanan terhadap pelawat dari China berikutan kenaikan besar kes COVID-19 di negara itu.

Ketuanya, Encik Willie Walsh berkata sekatan sedemikian sudah terbukti tidak berkesan untuk mencegah penularan COVID-19, sepanjang tiga tahun lalu.

IATA yang mewakili 300 syarikat penerbangan menambah bahawa virus COVID-19 sudahpun tersebar luas di negara-negara yang mengenakan sekatan terhadap pelawat dari China.

Rakyat China boleh kembali melakukan perjalanan ke luar negara mulai Ahad ini (8 Jan).

Beijing juga telah membidas sekatan-sekatan terhadap pelawat dari China.

Mereka antara lain dikehendaki menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19 sebelum berlepas ke negara-negara berkenaan.

Akhbar rasmi parti komunis China menyatakan negara itu dan rakyatnya pasti akan menang dalam melawan pandemik COVID-19.

Negara-negara yang mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelawat dari China, sangsi dengan ketepatan data yang dikeluarkan Beijing mengenai keadaan penularan COVID-19 di negara itu.

Jumlah kes COVID-19 dan kematian pesakitnya dikatakan bertambah dengan banyak selepas pemerintah China memansuhkan hampir semua sekatannya pada awal bulan lalu.

Ia termasuk ujian besar-besaran mengesan penyakit itu.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan