"Ia melilit tangan saya" - Budak lelaki 8 tahun gigit ular tedung sehingga mati
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita
NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun berdepan dengan detik yang menggerunkan apabila dipatuk seekor ular tedung ketika bermain di belakang rumahnya di negeri Chhattisgarh di tengah India, lapor The New Indian Express.
Namun, budak yang dikenali sebagai Deepak, itu tidak berdiam diri.
Dengan menahan rasa sakit, dia menggigit semula ular itu sebanyak dua kali agar ia melepaskan gigitan pada lengannya.
"Bila ular itu belit tangan saya, saya dipatuk. Saya rasa sakit. Saya gigit ular itu dua kali lalu baling ular itu," kata Deepak mengenai kejadian pada 31 Okt itu.
Gigitan kuatnya itu menyebabkan ular tersebut mati.
Ibu bapa Deepak terus bergegas membawanya ke pusat perubatan berdekatan di mana dia diletakkan di bawah pemerhatian.
Pemeriksaaan terhadap Deepak mendapati dia mengalami "gigitan kering", bermakna ular tedung itu tidak mengeluarkan sebarang bisa.
"Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering dari ular berbisa itu tiada mengeluarkan sebarang racun," kata seorang pakar ular kepada The New Indian Express.
Kajian terbaru yang diterbitkan pada 2022 mendapati lebih 85 peratus kematian berlaku akibat gigitan ular di India pada 2019.
Bagi Deepak, dia sudah kembali cergas seperti biasa.

Sumber : Agensi berita/HY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.