Hutang negara AS melepasi AS$31 trilion buat kali pertama
Anggaran Waktu Membaca:

Bendera Amerika Syarikat di bangunan lama konsulatnya di Baitulmaqdis. (Gambar: Ammad Awad/Reuters)
ANKARA: Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 (S$44.1 trillion) trilion, di tengah-tengah kenaikan kadar faedah bagi membendung tekanan inflasi inflasi yang mencapai paras tertinggi serta ekonomi yang tidak menentu.
Menurut data Jabatan Perbendaharaan AS, jumlah baki hutang awam lebih AS$31.1 trilion, lapor Agensi Anadolu yang memetik data itu.
Pada Julai, Pejabat Belanjawan Kongres (CB) mengunjurkan hutang Persekutuan pegangan awam AS bersamaan dengan 98 peratus Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang akhir tahun.
Hutang tinggi dan semakin meningkat kepada peratusan GDP, mungkin memperlahankan pertumbuhan ekonomi, menaikkan pembayaran faedah kepada pemegang asing hutang AS dan meningkatkan risiko krisis fiskal, menurut CBO dalam laporan Unjuran Belanjawan Jangka Panjang 2022.
Keadaan ini mungkin menjadikan kedudukan fiskal AS lebih terdedah kepada peningkatan kadar faedah selain mengekang penggubal undang-undang dalam memilih dasar yang perlu.

Sumber : Bernama/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.