Hutan Turki terbakar; musim panas lebih teruk berbanding tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Pakar-pakar memberi amaran, risiko sangat tinggi berlaku kebakaran hutan sekarang ini, ekoran keadaan musim panas yang lebih teruk berbanding tahun lalu.
Ini diburukkan lagi oleh kemarau berpanjangan di negara-negara Eropah seperti Jerman dan Sepanyol.

Para anggota bomba kini sudah mula melawan kebakaran hutan di barat daya Turki.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan api pada umumnya dapat dikawal.
Bagaimanapun ini terus menjadi suatu peringatan kepada para penduduk tentang kebakaran tahun lalu yang memusnahkan puluhan ribu hektar di rantau ini.
Turki mengalami kebakaran paling teruk tahun lalu.
Bagaimanapun pakar-pakar menyatakan, bukan setakat di Turki, kebakaran lebih banyak mungkin juga tercetus di Britain, Jerman dan negara-negara Scandinavia ekoran gelombang panas sekarang ini.

Sumber : Agensi berita/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.