Skip to main content

Dunia

Hutan seluas 5 hektar terbakar di Terengganu akibat cuaca panas

Anggaran Waktu Membaca:
SETIU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengambil masa tujuh jam untuk memadamkan kebakaran hutan seluas lima hektar di kawasan Merang di sini, pada awal pagi Isnin (24 Feb).

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata, operasi pemadaman berkenaan tamat kira-kira 2.30 pagi.

Beliau berkata, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Kuala Nerus, Jalan Kota, Wakaf Tapai dan Besut terbabit dalam operasi bermula pukul 7.00 malam itu, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.

"Cuaca panas dan angin kuat menyebabkan api merebak dengan cepat, namun kebakaran di kawasan seluas lima hektar itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.30 pagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin, lapor Astro Awani. Encik Mohd Mazimi berkata, pihaknya meneruskan pemantauan di kawasan berkenaan sebagai langkah waspadan sekiranya api merebak semula.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita