Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Huraian kemelut politik di tangan pemimpin Sabah sendiri, kata PM Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA KINABALU: Penyelesaian terhadap kemelut politik Sabah terletak di tangan pemimpin negeri itu sendiri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata apa yang mampu beliau dan pemimpin lain lakukan hanyalah memberi nasihat bagi mencari jalan terhadap penyelesaian kemelut itu.

Katanya lagi, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi juga sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk meleraikan kekusutan politik di Sabah.

“Keadaan masa ini bertambah baik, saya dan (Ahmad) Zahid sedang mencari penyelesaian yang terbaik untuk Sabah dan keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri, kita hanya mampu beri nasihat,” katanya kepada pemberita pada malam semalam (9 Jan).

Awal dari itu, beliau bersama Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Sabah termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel semalam.

Jumaat lalu, Encik Bung Moktar mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Encik Hajiji selepas hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat daripada BN menyatakan pendirian menyokong Encik Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.

DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan