Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS hulur bantuan lebih S$4 juta bagi bangunkan semula Marawi

Duta Besar Amerika Syarikat ke Filipina, Encik Sung Kim berkata bahawa Washington akan memberi bantuan tambahan sebanyak AS$3.5 juta (S$4.6 juta) bagi membangunkan semula bandar Marawi serta kawasan-kawasan sekelilingnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 May 2018 05:03PM Dikemas Kini : 03 May 2018 10:20PM

WASHINGTON: Duta Besar Amerika Syarikat ke Filipina, Encik Sung Kim berkata bahawa Washington akan memberi bantuan tambahan sebanyak AS$3.5 juta (S$4.6 juta) bagi membangunkan semula bandar Marawi serta kawasan-kawasan sekelilingnya.

Bandar di selatan Filipina itu musnah dalam pertempuran sengit antara tentera pemerintah dengan pihak militan selama lima bulan pada tahun lalu.

Ia menyusuli tindakan militan yang bersekutu dengan kumpulan pengganas ISIS menduduki sebahagian daripada Marawi.

Amerika Syarikat dan Australia merupakan sumber bantuan utama dari luar negeri bagi membangunkan semula Marawi yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Islam.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Filipina, Encik Sung Kim berkata bahawa tentera kedua-dua negara percaya ancaman pengganasan masih wujud di selatan Filipina.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan