'Hulk Taiwan' mengamuk tak tentu pasal gara-gara dada ayam jualan 7-11
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tangkapan skrin video Neo Wang/Facebook)
TAIPEI: Pada pagi Sabtu (20 Mei) di Zhongli, seorang lelaki tidak berbaju mengamuk tak tentu pasal, memusnahkan rak-rak, sedang para pegawai polis dikerahkan ke tempat kejadian untuk bertindak terhadap gangguan yang berlaku di kedai 7-11 di Changsha Road.
Menurut laporan agensi berita UDN, lelaki itu naik berang setelah mendapat tahu kedai 7-11 itu sudah kehabisan dada ayam berperisa Itali yang sedia untuk dimakan, sekalipun terdapat perisa lain di kedai itu.
Video itu tidak lama kemudian tular di media sosial, dengan netizen menggelar lelaki itu, “Hulk Taiwan".
Sebelum insiden itu berlaku, pertengkaran tercetus antara lelaki tersebut dengan kakitangan 7-11 itu yang membawa kepada panggilan untuk meminta bantuan polis.
Apabila dua pegawai polis tiba di tempat kejadian, kehadiran mereka meningkatkan lagi kemarahan lelaki itu, yang terus menerpa ke arah kedua-dua pegawai polis itu dan menyerang mereka.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai seorang ahli bina badan tempatan dan video selama 13 saat yang menunjukkan lelaki tersebut bersemuka secara agresif dengan kedua-dua pegawai polis itu tular di media sosial.
Gambar-gambar yang menunjukkan lelaki itu digari dan duduk bersila di luar 7-11 dengan darah mengalir dari mukanya juga tersebar online.
Warga net bagaimanapun membangkitkan persoalan tentang bagaimana dua pegawai polis itu berhasil mengawal individu yang berbadan besar dan berotot kekar itu.
Tidak lama kemudian, timbul pula satu lagi video yang menunjukkan kedua-dua pegawai polis itu berkali-kali memukul bahagian kepala dan badan lelaki tersebut dengan belantan, yang menuduh pihak polis menggunakan kekerasan yang berlebihan untuk melenturkannya.
Pihak berkuasa diminta mengulas tentang insiden tersebut.
"Para pegawai polis kami bekerja keras di peringkat akar umbi. Yang betul itu betul, dan apa yang salah itu tetap salah. Jika anda melakukan sesuatu perkara yang baik, ia harus digalakkan. Jika anda melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, ia harus disemak," kata Pesuruhjaya Polis Taoyuan, Wu Kun-hsu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.