Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukuman penjara Presiden Myanmar dikurangkan 2 tahun

Hukuman empat tahun penjara terhadap Presiden Myanmar U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dikurangkan kepada dua tahun di bawah Seksyen 401 (1) Kanun Tatacara Jenayah, lapor Xinhua memetik laporan media pada Isnin (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman penjara Presiden Myanmar dikurangkan 2 tahun

Penunjuk perasaan dilihat di Hledan, Yangon di Myanmar pada 17 Feb 2021.

Diterbitkan : 07 Dec 2021 06:13PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 06:19PM

YANGON: Hukuman empat tahun penjara terhadap Presiden Myanmar U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dikurangkan kepada dua tahun di bawah Seksyen 401 (1) Kanun Tatacara Jenayah, lapor Xinhua memetik laporan media pada Isnin (6 Dis).

Menurut laporan itu, Encik U Win Myint dan Cik Aung San Suu Kyi akan terus ditahan di lokasi yang dirahsiakan.

Pada pagi Isnin Encik U Win Myint dan Cik Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas tuduhan menghasut di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan melanggar undang-undang pengurusan bencana alam negara.

Selepas mereka ditahan pada 1 Feb bersama pegawai parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain, pentadbiran negara Myanmar berpindah kepada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Kanan Aung Hlaing selepas darurat diisytiharkan. 

Sejak ditahan, Cik Aung San Suu Kyi dituduh melakukan 11 kesalahan, antaranya melanggar Akta Rahsia Rasmi, manakala Encik U Win Myint menghadapi dua pertuduhan menghasut dan melanggar undang-undang pengurusan bencana alam.

Lebih banyak perbicaraan terhadap Cik Aung San Suu Kyi akan menyusul.

Tentera mendakwa berlaku penipuan pengundian dalam pilihan raya umum November 2020 di negara itu, yang menyaksikan NLD memenangi majoriti kerusi di kedua-dua dewan parlimen.

Parti NLD memenangi majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya umum pada 8 Nov 2015, dan mentadbir sejak 2016. Penggal lima tahun kerajaan NLD berakhir pada Mac 2021.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan