Hukuman penjara mantan PM Najib dikurangkan separuh kepada 6 tahun: sumber rasmi
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tempoh penjara mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagi kesalahan rasuah dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan. Ini menyusuli mesyuarat lembaga tersebut pada Isnin (29 Jan), lapor sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kepada Mediacorp.
Keputusan yang dibuat lembaga itu, yang dipimpin Agong Malaysia, termasuk pengurangan dendanya sebanyak RM210 juta (S$63 juta) kepada jumlah yang tidak dinyatakan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap kepada Mediacorp, atas syarat identiti mereka tidak didedahkan.

Pengampunan diraja separa atas peranannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas Najib menjalani hukuman penjara kurang daripada dua tahun.
Pengurangan tempoh penjara itu bermakna Najib dijangka selesai menjalankan hukumannya pada Ogos 2028. Namun dengan parol untuk tingkah laku yang baik, beliau dijangka boleh keluar dari penjara pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada tempoh hukuman penjara baharu itu.
Spekulasi berhubung pengampunan itu timbul selepas Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengesahkan pada Selasa bahawa anggota lembaga itu termasuk dirinya telah mengadakan pertemuan pada Isnin. Beliau mengatakan bahawa pengumuman rasmi oleh Lembaga Pengampunan akan dibuat.
Mesyuarat itu merupakan antara tugas rasmi terakhir Sultan Abdullah Ri’ayatuddin yang menamatkan tempoh jawatan lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 31 Jan lalu dan diambil alih oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di bawah sistem penggiliran unik Malaysia bagi sembilan kerabat diraja.
Mediacorp sudahpun menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk mengulas perkembangan terbaru itu.
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berkata, beliau masih belum dimaklumkan mengenai sebarang keputusan oleh Lembaga Pengampunan.
PENGARUH NAJIB DAN TUDUHAN TERTUNGGAK
Najib, seorang mantan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), dipercayai masih mempunyai pengaruh besar dalam parti itu, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama sembilan tahun sehingga Mei 2018 dan menjadi Perdana Menteri pertama untuk dipenjara. Beliau mula menjalani hukuman penjaranya pada Ogos 2022 selepas gagal dalam dua rayuan untuk membatalkan sabitannya di Mahkamah Tinggi Malaysia dua tahun sebelum itu.
Tuduhan tersebut termasuk penyelewengan dana RM42 juta (S$13 juta) daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank peribadinya pada 2014 dan 2015.
Beliau didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$63 juta). Denda itu masih belum diselesaikan.
Beliau juga berdepan dengan beberapa tuduhan lain berkaitan dengan skandal 1MDB, termasuk pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta (S$8 juta) melibatkan dana daripada SRC International.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.