Hukuman penjara mantan PM Korea Selatan dikurangkan kepada 15 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Korea Selatan Han Duck-soo tiba di mahkamah, 26 Nov 2026. (Gambar fail: Reuters/Kim Hong-Ji)
SEOUL: Sebuah mahkamah rayuan di Korea Selatan pada Khamis (7 Mei) mengurangkan hukuman penjara mantan Perdana Menteri Han Duck-soo sebanyak lapan tahun. Hukuman itu bersabit dengan jenayah melibatkan pengisytiharan undang-undang tentera oleh mantan Presiden Yoon Suk Yeol.
Arahan Encik Yoon pada Disember 2024 itu menggantung pemerintahan awam buat seketika dan menyebabkan Korea Selatan huru-hara. Sekalipun demikian, ia hanya bertahan selama kira-kira enam jam selepas ahli parlimen pembangkang bertindak pantas untuk membatalkannya melalui satu undian.
Pada Januari lalu, mahkamah rendah Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap Encik Han - lebih berat daripada yang dijangkakan - atas penglibatannya dalam perisytiharan tersebut.
Mahkamah rayuan di Seoul pada Khamis mengurangkan hukuman itu dengan hakim yang mengetuai perbicaraan mengumumkan: "Kami menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas defendan."
Walaupun mahkamah mengekalkan kebanyakan sabitan kesalahan Encik Han, hukuman dikurangkan setelah mengambil kira khidmatnya sebagai pegawai awam selama "lebih 50 tahun sebelum pengisytiharan undang-undang tentera tersebut."
"Rekod juga menunjukkan sukar untuk mencari bukti bahawa defendan terlibat secara aktif dalam pemberontakan itu, seperti merancang lebih awal atau mengetuai operasi secara sistematik," kata hakim tersebut.
Bagaimanapun, hakim berkata Encik Han "mengabaikan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dan sebaliknya memihak kepada mereka yang terlibat dalam tindakan pemberontakan."
Selepas para ahli parlimen meluluskan usul untuk menarik balik undang-undang tentera, Encik Han memanggil dan mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi pihak Encik Yoon untuk membatalkan arahan tersebut.
Encik Han, yang memakai kemeja putih dan sut gelap tanpa tali leher, mendengar keputusan tersebut tanpa menunjukkan sebarang reaksi emosi.
Hakim menegur Encik Han kerana gagal menentang Encik Yoon, sedangkan beliau sendiri pernah menyaksikan penggantungan pemerintahan awam yang tidak sah pada tahun 1970-an dan 80-an ketika berkhidmat sebagai pegawai pemerintah di era pemerintahan kuku besi Korea Selatan.
"Beliau sendiri pernah melalui situasi undang-undang tentera yang melanggar perlembagaan, maka beliau sangat sedar akan kerosakan besar dan huru-hara yang boleh dicetuskan oleh kejadian seperti itu," tambah hakim.
Encik Han, yang kini berusia 76 tahun, dipenjarakan sejak hukuman asalnya pada Januari. Sebelum ini, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam pemerintah Korea Selatan termasuk Menteri Kewangan dan pernah menerima pelbagai anugerah atas jasanya kepada negara.
SIRI KES RAYUAN
Keputusan ini menandakan berakhirnya salah satu daripada siri perbicaraan rayuan melibatkan orang kuat Encik Yoon.
Minggu lalu, mahkamah menaikkan hukuman penjara Encik Yoon bagi kesalahan menghalang keadilan kepada tujuh tahun, berbanding lima tahun sebelum ini. Mantan pemimpin itu kini sudah pun menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan lebih berat iaitu mengetuai pemberontakan.
Isteri Encik Yoon, bekas wanita pertama Kim Keon Hee, yang turut dijatuhi hukuman penjara bagi kes rasuahnya kini dinaikkan kepada empat tahun daripada 20 bulan. Kesalahan beliau tidak berkaitan dengan undang-undang tentera, sebaliknya melibatkan rasuah dan manipulasi saham.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.